Perniagaan Internet

Ramai diantara kita mengimpikan untuk mempunyai perniagaan sendiri, perniagaan yang berjaya dan mampu menjadikan kita hidup senang atau dengan kata lain “mewah” dan mampu memiliki apa yang kita kehendaki. Namun apa yang kebiasaannya terjadi adalah ia hanya tinggal angan-angan yang tidak kesampaian. Ramai yang tidak sanggup atau sekurang-kurang mencuba untuk memulakan sesuatu perniagaan kerana menyangkakannya terlalu sukar, banyak cabaran dan berbagai alasan lagi.

Membina sesuatu perniagaan pada waktu kini tidak lagi sesukar seperti dahulu dengan adanya medium internet. Perniagaan Internet atau perniagaan menerusi internet kini dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan kos yang tinggi dan pengalaman luas dalam perniagaan. Dengan hanya kemudahan komputer dan internet anda sudah mampu membina perniagaan internet anda sendiri. Di bawah ini saya nyatakan beberapa langkah untuk anda memulakan perniagaan internet anda:

1. Pilih jenis perniagaan internet yang ingin anda lakukan.
Perniagaan internet mempunyai bebagai kategori seperti juga perniagaan konvensional seperti menjual produk dan servis. Sekiranya anda telah mempunyai produk anda sendiri ianya akan lebih mudah kerana anda hanya perlu memasarkannya melalui internet. Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri anda masih boleh membina perniagaan internet anda dengan menjual produk orang atau syarikat lain(dengan menjadi agen,pengedar atau reseller). Namun jika anda ingin menjana pendapatan sampingan melalui internet, anda juga boleh menjalankan perniagaan online berkonsepkan program seperti pengiklanan, penajaan, affiliate dan berbagai lagi program sepertinya.

2. Tentukan nama untuk perniagaan internet anda.

Nama perniagaan amat penting bagi perniagaan internet. Ia secara tidak langsung merupakan jenama anda di internet. Pastikan nama yang anda berikan adalah mudah dan ringkas untuk memudahkan orang ramai mengingati perniagaan anda. Pastinya anda biasa melihat jenama diinternet seperti Maybank2u.com, AirAsia.com, Mudah.my, Malaysiakini.com dan sebagainya. Nampakkah anda betapa ringkas, mudah di ingati dan menariknya nama-nama ini. Pastikan nama ini bersesuaian dengan produk yang anda ingin jual di internet sebagai contoh anda ingin menjual tudung fareeda, nama yang sesuai adalah tudungfareeda.com atau tudungonline.com. Jadi fikirkan nama yang sesuai dan “catchy”.

3. Pastikan perniagaan internet anda mempunyai lesen perniagaan yang bersesuaian.

Di Malaysia untuk membina sesuatu perniagaan, anda perlulah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bagi yang ingin memulakan perniagaan internet secara kecil-kecilan saya cadangkan mendaftar syarikat enterprise sudah memadai.

4. Mendapatkan nama domain dan hosting untuk perniagaan internet anda

Di internet, nama domain merupakan nama kedai anda dan hosting merupakan tapak untuk meletakkan kedai anda jadi anda perlu mempunyai kedua-duanya. Saya percaya ada diantara anda yang mengatakan mengapa tidak menggunakan blog percuma atau facebook sahaja, tak perlu modal pun. Ya anda boleh membina perniagaan internet anda dengan cara tersebut namun sekiranaya anda ingin membina jenama yang diyakini dan perniagaan yang berkekalan untuk jangka masa panjang maka anda perlu memiliki nama domain dan hosting anda sendiri. Perbezaannya ibarat anda menumpang tapak perniagaan orang lain(platform percuma) dengan memiliki bangunan perniagaan anda sendiri(miliki domain dan hosting). Saya akan ceritakan keburukkan mengguna platform percuma ini pada post yang lain. Baik, bagi perniagaan di malaysia saya cadangkan anda dapatkan nama domain dari Mynic iaitu yang berakhir dengan .com.my, .my. Antara kebaikannya laman web anda lebih mudah di ranking oleh Google bagi carian di Malaysia. Bagi pasaran “worldwide” saya lebih galakkan nama domain .com atau .net.

5. Membina laman web perniagaan anda

Ini mungkin sesuatu yang menyukarkan bagi kebanyakkan yang tidak mempunyai kemahiran teknikal namun jika anda mempunyai modal lebih, saya cadangkan anda mengupah orang, kenalan atau web designer untuk membina laman web anda. Kosnya tidaklah begitu tinggi, lebih kurang RM500 – RM800 bagi permulaan. Bagi yang ingin membinanya sendiri bolehlah mempelajari cara membina laman web ini secara online atau membeli panduan membina laman web atau and juga boleh membeli template laman web yang telah siap.

6. Menyediakan Plan perniagaan

Anda perlulah menyediakan plan perancangan untuk perniagaan internet anda. Suatu yang saya pelajari melalui pengalaman, sekiranya anda membuat sesuatu tanpa perancangan maka anda 90% gagal atau tidakpun perlaksanaan anda akan kerap tertangguh. Jadi rancanglah apa yang hendak anda lakukan untuk perniagaan internet anda, buat jadual dan pastikan anda mengikut jadual tersebut.

7. Pasarkan perniagaan internet anda

Di luar sana sekiranya anda ingin memasarkan satu-satu produk atau perniagaan anda perlu mengeluarkan modal seperti iklan,brosure, pamplet dan lain-lain namun dengan internet terdapat berbagai kaedah percuma untuk anda pasarkan perniagaan anda. Antara pemasaran secara percuma adalah melalui Facebook, Blog, Video seperti YouTube, Twitter, Forum dan banyak lagi.

8. Umumkan Pelancaran Perniagaan Anda

Pada awal perniagaan internet, kebiasaannya tidak ramai orang mengenali anda jadi pastikan anda war-warkan perniagaan anda dengan cara mengiklan dan mempromosikan perniagaan anda. Mungkin anda boleh menawarkan diskaun pembukaan untuk pembeli terawal yang mengunjungi laman web anda.