Kategori Perniagaan Internet

Sebenarnya terdapat berbagai jenis perniagaan internet yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan melalui internet. Ramai yang beranggapan perniagaan internet hanya berkisar kepada program-program buat duit internet seperti MLM, pelaburan internet, klik dapat duit, simpan dan duduk diam-diam dapat duit(5D) dan berbagai lagi program seperti ini semata. Namun fakta sebenarnya adalah internet hanya sebagai medium perantaraan sesuatu perniagaan sahaja. Sebagai contoh mudah  jika anda telah mempunyai perniagaan diluar(apa jua jenis perniagaan), anda boleh menggunakan internet untuk memasarkan perniagaan anda dan juga melakukan urusan jual-beli menggunakan medium internet.

Mengikut pengamatan saya kategori perniagaan internet atau jenis-jenis perniagaan internet boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama seperti gambarajah berikut.

jenis-jenis perniagaan internet

 

1 – Produk

Produk terbahagi kepada dua bahagian iaitu produk fizikal - produk yang boleh dilihat dan dipegang seperti baju,kasut, beg dan sebagainya dan kedua, produk digital – produk yang boleh di download seperti muzik, photo, software dan sebagainya.

2 – Perkhidmatan atau Servis

Perkhidmatan juga terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan yang boleh dijalankan secara online seperti perkhidmatan membina laman web, perkhidmatan menterjemah, perkhidmatan mengubah lagu dan sebagainya.

Kedua, perkhidmatan yang dijalankan secara offline(perkhidmatan yang tidak menggunakan internet) seperti pembinaan, katering, kejuruteraan, guaman dan sebagainya. Ini bermakna apa juga perniagaan jenis perkhidmatan boleh ditransformasikan kepada perniagaan menerusi internet.

3 – Perniagaan tanpa produk

Perniagaan tanpa produk atau lebih dikenali sebagai program internet adalah apabila anda menyertai sesuatu program yang disediakan oleh sesuatu pihak atau syarikat dan anda akan dibayar apabila memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki. Antara program-program yang popular adalah program pengiklanan PPC(Pay per click) seperti Google Adsense, program Affiliate seperti Amazon, Clickbank, Commision Junction dan sebagainya.

Sekiranya anda telah mempunyai perniagaan maka sudah tiba masanya untuk anda menggunakan internet untuk mengembangkan lagi perniagaan anda. Bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan internet, tentukan perniagaan yang bersesuaian dengan minat dan kemampuan anda. Pelajari cara yang betul untuk membina perniagaan internet yang cemerlang dan mulakannya dari sekarang. Insyaallah anda akan berjaya.

Incoming search terms:

  • jenis perniagaan online
  • jenis perniagaan
  • perniagaan tanpa modal
  • perniagaan internet tanpa modal
  • JENIS-JENIS PERNIAGAAN ONLINE

Related posts:

Perniagaan Internet Yang Menguntungkan
Mynic Sale 30% Diskaun Nama Domain .MY
Perniagaan Internet Di Malaysia
Kategori Perniagaan Internet
14 votes, 4.86 avg. rating (97% score)

2 Responses to “Kategori Perniagaan Internet”

  1. Farah Hanif

    Apr 28. 2013

    Di sini ada maklumat yang interesting. Dalam perniagaan, setiap orang mempunyai keselesaan yang berbeza. Tidak semua boleh menjual produk, tidak semua boleh menjual perkhidmatan, dan tidak semua boleh menjual informasi.

    Reply to this comment
  2. Sulaiman Daud

    Apr 30. 2013

    Ramai orang ingin menceburi bidang Perniagaan Internet . Namun tidak dinafikan masih ramai lagi yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan ”Perniagaan Internet”. Hakikatnya Perniagaan Internet juga adalah sebuah perniagaan yang melibatkan jual beli. Beza antara Perniagaan Konvensional dan Perniagaan Internet adalah ia menggunakan internet sebagai platform untuk memulakan sesuatu perniagaan. Oleh itu jangan anda terpedaya seandainya ada yang mengatakan kita perlu melabur sesuatu program di internet dan hanya menunggu keuntungan sahaja tanpa perlu berusaha.

    Reply to this comment

Leave a Reply


× eight = 32