Tips Memilih Nama Domain Untuk Perniagaan

Di internet, nama domain atau”domain name” adalah nama perniagaan anda jadi pastikan anda memilih nama domain yang betul dan sesuai kerana ia melambangkan perniagaan dan jenama anda. Disini saya ingin kongsikan beberapa tips bagi memilih nama domain yang sesuai.

  1. Nama yang sesuai dengan perniagaan anda
    Nama domain seeloknya sesuai dengan perniagaan anda contohnya anda memiliki perniagaan batik dari terengganu maka nama domain yang sesuai adalah BatikTerengganu.com atau BatikPilihan.com. Sekiranya anda telah mempunyai perniagaan yang berdaftar, anda boleh membeli nama domain sama seperti nama perniagaan anda contohnya Maju Batik Enterprise anda boleh memilih nama MajuBatik.com
  2. Dapatkan Domain .Com
    Sebolehnya dapatkan domain yang berakhir dengan .Com atau .Com.My(bagi perniagaan di Malaysia). Nama domain boleh didapati dengan akhiran .Com .Net . Org dan berbagai akhiran lain namun yang popular dan paling sesuai untuk perniagaan adalah .Com atau .Com.My. Antara faktor utama adalah .Com dianggap nama domain yang biasa dilihat dan dikenali berbanding .Net .Org dan sebagainya. Tentu anda jarang melihat jenama-jenama popular menggunakan nama domain .Net dan .Org bukan? Bagi perniagaan dengan pasaran di Malaysia, pastikan anda menggunakan domain .Com.My atau .My kerana ia lebih sesuai dan paling utama ia memudahkan anda untuk mendapat “rank” atau kedudukan terbaik di “search engine” seperti Google dan Yahoo
  3. Mudah di Sebut dan Di Eja
    Elakkan mengguna nama yang sukar di eja ,perkara ini amat penting kerana akan memudahkan pengunjung menemui anda apabila mereka mencarinya di internet. Sekiranya nama perniagaan anda Perusahaan Maju Batik Sdn Bhd maka nama sesuai adalah MajuBatik.Com sahaja. Pastikan nama domain mudah dieja dan mengandungi perkataan mudah untuk mengelakkan dari di salah taip.
  4. Pendek dan Mudah Diingati
    Tidak perlulah nama domain yang panjang seperti SalonKecantikanIndra JayaEnterprise.com, cukup sekadar SalonKecantikan.Com sahaja.. kan mudah untuk di ingat:)
  5. Elakkan Guna Nombor
    Kebelakangan ini saya lihat ada yang menggunakan nombor untuk nama domain seperti Jimat4U.com, MegaTrend2U dan sebagainya, memang ia nampak cantik dan pendek tetapi menyukarkan untuk di eja dan kemungkinan tersilap amat besar seperti Jimat4U mungkin JimatForU.Com atau JimatForYou.Com
  6. Jangan Gunakan Nama berdaftar @Copyright atau Brand
    Pastikan anda tidak membeli nama domain yang mengandungi Jenama Berdaftar seperti Toyota, Nike, Adidas dan sebagainya kerana ia menyalahi akta hakcipta dan nama domain tersebut boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Anda boleh rujuk laman web MYNIC untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  7. Jangan Terikut dengan Trend
    Jadikan nama domain anda unik dan tidak terikut-ikut dengan trend semasa contohnya dengan menambah 2u.com seperti Jimat2U.com, Kaseh2u.com dan sebagainya. Dengan menggunakan domain seperti ini anda dilihat seperti menumpang populariti sesaorang dan seolah-olah tiada identiti tersendiri. Tak cool lah kan?
  8. Dapatkan Secepat Mungkin
    Nama domain ini ibarat emas bagi yang mengetahuinya dan sekali terlepas, anda tidak akan mendapatnya lagi atau terpaksa dibeli dengan harga yang mahal. Anda tentu tidak mahu nama perniagaan anda yang “cantik” telah dibeli oleh pihak lain bukan.

Incoming search terms:

  • monakas com

Related posts:

Mynic Sale 30% Diskaun Nama Domain .MY
Panduan Membeli/Memilih Web Hosting
Bagaimana Membina Website atau Laman Web
Tips Memilih Nama Domain Untuk Perniagaan
13 votes, 5.08 avg. rating (101% score)

3 Responses to “Tips Memilih Nama Domain Untuk Perniagaan”

  1. Zulhilmi Zainudin

    Nov 29. 2012

    Saya setuju dengan poin ke-5. Penggunaan nombor kadangkalanya mengelirukan pelawat dan prospek.

    Reply to this comment
  2. Karim

    Mar 23. 2013

    secure juga domain dengan nama sendiri..nanti dh jadi popular senang kijer nk rank..hehe

    Reply to this comment

Trackbacks/Pingbacks

  1. Mynic Sale 30% Diskaun Nama Domain | Pakej Lengkap Perniagaan Internet - December 1, 2012

    [...] Domain .MY Dec 01,2012 – by Mohd Najib 0 Ini ada berita baik untuk anda yang ingin mendapatkan nama domain yang berakhir dengan .my. Mynic sebagai pendaftar nama domain Malaysia telah memulakan jualan [...]

Leave a Reply


4 + three =