Mengenai Monakas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laman web Monakas.com saya hasilkan bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang apa-apa sahaja yang berkaitan perniagaan internet, pembinaan laman web dan pemasaran internet. Tujuan saya adalah mudah, untuk memberikan pendedahan awal dan memberikan inspirasi kepada pembaca untuk memahami dan mendapat idea sebenar mengenai perniagaan online atau perniagaan menerusi internet.

Di laman blog ini saya akan kongsikan serba sedikit kaedah membina perniagaan internet sebenar, bagaimana anda dapat membina perniagaan online terutama bagi mereka yang baru ingin bermula. Juga kaedah memasarkan perniagaan mereka samada yang telah mempunyai perniagaan diluar sana atau yang sedang bercita-cita untuk memulakan perniagaan.

Bukan hanya perkara berkaitan perniagaan, saya juga akan kongsikan tips-tips pembinaan laman web dan teknologi pembinaan laman web dari masa kesemasa.

Walau apa juga tujuan anda mengunjungi laman blog ini, saya harap anda akan mendapat sesuatu yang berfaedah daripada perkongsian saya dan jangan malu-malu untuk meninggalkan sebarang komen yang bernas :)

Terimakasih

Mohd Najib Kasimin

 

 

Incoming search terms:

  • wintx6