Mynic Sale 30% Diskaun Nama Domain .MY

Ini ada berita baik untuk anda yang ingin mendapatkan nama domain yang berakhir dengan .my. Mynic sebagai pendaftar nama domain Malaysia telah memulakan jualan hujung tahun 2012 untuk kesemua nama domain berakhir dengan .MY. Berikut merupakan senarai harga domain sebelum dan selepas diskaun.

Promosi ini bermula dari 1 Disember 2012 sehingga 31 Disember 2012. Jadi anda mempunyai masa satu bulan untuk mendapatkan nama domain pada harga murah ini.

Bagi mereka yang belum lagi memiliki laman web atau sedang merancang untuk membina laman web, cepat rebut peluang ini. Anda boleh dapatkan dahulu nama domain ini untuk simpanan anda sementara anda membina laman web perniagaan anda.

Pada mereka yang telah mempunyai nama domain pula mungkin boleh membeli nama domain yang “cantik” dan menyimpannya untuk kegunaan akan datang :)

Mengapa anda perlu mendapatkan atau membeli nama domain .MY

Harga nama domain .MY boleh dikatakan agak mahal berbanding .com, .net, dan sebagainya jadi mengapa perlu beli nama domain .MY?

  1. Nama domain .MY melambangkan identiti bagi laman web Malaysia , ia boleh dijadikan jenama perniagaan anda, mungkin bukan dalam masa terdekat tetapi jika anda menggunakan kaedah yang betul ia mungkin boleh jadi popular seperti seperti  Twitter, Facebook, Google dan sebagainya.. siapa tahu kan!.
  2. Masih banyak nama menarik yang boleh diperolehi. Jika anda ingin membeli nama domain .com, kebiasaannya nama-nama yang pendek dan menarik sudah dibeli contohnya perniagaan.com, pakaian.com, cantik.com, sihat.com namun nama-nama ini mungkin belum lagi dibeli untuk domain .MY.
  3. Nilai yang tinggi pada masa hadapan. Tahukan anda bahawa nama domain mempunyai nilai yang tinggi malah boleh mencapai nilai lebih tinggi dari aset seperti hartanah. Berikut contoh beberapa nama domain yang telah dijual pada harga tertinggi :
    Business.com $7.5 juta USD
    AsSeenOnTv.com $5.1 juta USD
    Altavista.com $3.3 juta USD
    Wine.com $2.9 juta USD
    Autos.com $2.2 juta USD
    Express.com $1.8 juta USD
    Wallstreet.com $1 juta USD
    Rock.com $1juta USD
    Websites.com $970,000 USD
    Drugs.com $830,000 USD

Bagaimana Cara untuk Membeli Domain .MY

Untuk mendapatkan nama domain .MY, anda perlu membelinya hanya daripada reseller yang berdaftar dengan MYNIC. Mynic bertindak sebagai pendaftar atau “registrar” bagi setiap nama domain .my seperti, .my, .com.my, .org.my, .gov.my dan sebagainya. Untuk mengetahui senarai reseller berdaftar dengan MYNIC anda boleh layari laman web MYNIC atau boleh lihat disini.

Untuk mendaftar nama domain .MY untuk perniagaan atau persendirian anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya dokumen berikut iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Sijil pendaftaran perniagaan

Kebiasaannya dokumen ini akan dikehendaki oleh reseller domain sebelum mereka menghantar permohonan kepada pihak MYNIC. Dokumen ini boleh di “scan” dan dihantar melalui email.

Jadi apa lagi yang anda tunggu… dapatkan nama domain .MY anda sekarang juga!

Related posts:

Perniagaan Internet Di Malaysia
Panduan Membeli Nama Domain Untuk Laman Web
Panduan Membeli/Memilih Web Hosting
Mynic Sale 30% Diskaun Nama Domain .MY
13 votes, 5.00 avg. rating (99% score)

No comments.

Leave a Reply


one × = 8