Panduan Membeli/Memilih Web Hosting

web hosting

Okay saya andaikan anda sudah memiliki nama domain (sekiranya anda belum memiliki nama domain, sila rujuk disini) dan sedang mencari tapak untuk meletakkan nama domain tersebut iaitu sebuah server atau hosting. Panduan ini diharap dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang terbaik sebelum membuat pembelian hosting anda.

Web Hosting atau Server adalah satu komponen yang amat penting dalam pembinaan laman web, jadi pastikan anda membuat pilihan yang bijak untuk mengelakkan kejadian yang tidak disenangi kemudian hari.

Mengapa perlu web hosting berbayar berbanding percuma

Tahukah anda bahawa anda boleh meletakkan domain anda pada hosting percuma seperti di blogspot.com, weebly.com, tumblr.com dan banyak  lagi. Namun apabila ianya percuma maka banyaklah kekurangannya berbanding hosting berbayar antaranya:

  • Design laman web yang terhad – kebiasaannya hosting percuma ini akan menyediakan design laman web yang sedia ada dan hanya dalam kuantiti yang tertentu sahaja, untuk mendapatkan design yang lebih menarik anda mungkin dikenakan bayaran tambahan.
  • Fungsi laman web terhad – Anda tidak boleh menambah sistem atau fungsi lain pada laman web.
  • Akaun email yang terhad –  Dengan hosting sendiri, anda boleh membina akaun email tanpa had.
  • Kawalan terhadap laman web terhad
  • Reputasi laman web – Laman web anda kurang dipercayaai kerana di hostkan pada hosting percuma kerana beribu-ribu orang lain juga menggunakan yang percuma ini.
  • Mungkin terdapat iklan – Ini adalah biasa kerana penyedia hosting percuma ini perlu menjana wang untuk servis percuma mereka.
  • Terdapat syarat-syarat ketat yang perlu anda patuhi

Perkara yang anda perlu ketahui sebelum membeli hosting

  1. Apakah jenis laman web yang hendak anda bina – Blog, Minisite, laman web perniagaan, Kedai Online, Forum, laman web berita, laman web video, laman web lelongan atau auction dan lain-lain lagi. Ini penting kerana jenis laman web berbeza memerlukan keperluan yang berbeza. Harga hosting boleh semurah RM50 atau ribuan ringgit bergantung kepada specifikasi yang diperlukan. Jadi sila periksa terlebih dahulu ‘requirement’ atau specifikasi yang diperlukan oleh sistem laman web yang hendak anda bangunkan kerana jika tersilap laman web anda mungkin tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
  2. Berapakah bajet anda – Bajet juga bergantung kepad jenis laman web yang ingin dibina, contohnya untuk membina sebuah blog atau web syarikat anda boleh mendapatkan hosting dari RM100 – RM200.
  3. Tahap kemahiran anda mengendali web hosting – Sekiranya anda masih baru dalam pengendalian web hosting, pastikan terdapat fungsi software installer seperti Fantastico atau Softaculous disediakan. Ia akan memudahkan anda untuk memasang sistem website dan CMS seperti Blog, Shopping Cart, Forum, Support Ticket dan lain-lain.
Ciri-ciri penting yang perlu ada pada Web Hosting
  1. Bandwith – Pastikan anda memilih bandwith yang mencukupi. Sebagai contoh satu halaman pada laman web anda bersaiz 1MB dan terdapat 100 orang melayari halaman tersebut maka bandwith yang anda perlukan adalah 100MB sehari dan 3GB sebulan. Sekiranya laman wen anda telah melebihi bandwith tersebut, ia tidak akan dapat di akses atau akaun anda akan di ‘suspend’
  2. Kapasiti Storan Data – Ia umpama saiz atau kapasiti ‘hardisk’ di komputer anda jadi lagi besar saiznya maka lebih banyaklah anda dapat memuatkan kandungan pda alaman web anda kelak. Jadi sekiranya laman web anda mengandungi banyak maklumat yang hendak disi seperti gambar dan video, dapatkan web hosting dengan kapasiti storan yang lebih besar. Saiz storan ini biasanya bermula dari 1GB, 5GB, 10Gb dan seterusnya.
  3. Linux atau Windows – Terdapa 2 sistem operasi untuk server yang popular dan biasa digunakan adalah Linux. Bagi laman web berasaskan pengaturcaraan php, Ruby, Perl, Python, dan CGI scripting anda perlu menggunakan hosting Linux. Dengan kata mudah, sekiranya anda membina laman web atau blog anda perlu gunakan hosting Linux.
  4. Sistem mengendali hosting atau ‘web hosting management’ – Ia adalah sistem untuk mengawal fungsi-fungsi pada server anda seperti membina akaun email, menukar password, membina database, mengawal data, memasang software dan script laman web dan banyak lagi. Cuba dapatkan hosting yang menggunakan control panel yang mudah antaranya yang paling popular adalah CPanel.
  5. Server Uptime – Pengendail hosting akan menjalankan kemaskini pada sever secara berkala dan pada ketika ini server tidak dapat diakses atau dalam keadaan ‘downtime’ sementara. Adalah penting untuk memilih server yang mempunyai jangkamasa ‘downtime’ yang sedikit setiap bulan. Tentu anda tidak mahu melihat laman web anda kerap tidak boleh diakses dan ini sudah tentu mengecewakan. Jadi periksa peratusan ‘uptime’ bagi hosting tersebut.
  6. Lokasi Server – Lokasi server bergantung kepada syarikat pengendali hosting. Bagi syarikat di Malaysia, sever mereka kebiasaannya terdapat di Malaysia namun terdapat juga yang menawarkan server yang berada di luar Malaysia seperti di US, UK, Singapore, China dan sebagainya. Sekiranya laman web anda memfokuskan kepada pengunjung dari Malaysia maka lebih sesuai jika anda mendapatkan hosting yang berada di Malaysia kerana ia akan lebih mudah dan pantas untuk dilayari berbanding hosting di luar negara.
  7. Bantuan dan Pertanyaan – Proses pembinaan laman web dan mengendalikan laman web juga tidak lari dari sebarang masalah. Pastikan syarikat hosting menyediakan bantuan dan bantuan juga perlulah cepat ditangani kerana jika website bermasalah, ia akan menjejaskan reputasi dan mungkin kewangan anda.
[imaioVideo v=1]

Sedikit Tips :

  1. Elakkan dari membeli hosting yang terlalu murah – kebiasaannya mempunyai fungsi yang terhad dan bantuan pengguna yang kurang memuaskan.
  2. Sebelum membuat pembelian, cuba ajukan beberapa pertanyaan melalui sistem support yang disediakan dan lihat berapa lama mereka menjawab pertanyaan anda.

Kesimpulan

Dalam memilih web hosting sekiranya anda baru bermula, tidak perlu mendapatkan hosting terlalu mahal namun pastikan ia memadai untuk keperluan laman web anda. Lakukan sedikit kajian terlebih dahulu dengan melihat perbincangan seperti di forum webmastermalaysia, lowyat.net, wangcyber dan sebagainya.

Incoming search terms:

  • contoh web hosting percuma

Related posts:

Tips Memilih Nama Domain Untuk Perniagaan
Panduan Membeli Nama Domain Untuk Laman Web
Bagaimana Membina Website atau Laman Web
Panduan Membeli/Memilih Web Hosting
6 votes, 4.67 avg. rating (93% score)

4 Responses to “Panduan Membeli/Memilih Web Hosting”

  1. Karim

    Mar 23. 2013

    terima kasih..info yang membantu untuk memudahkan ramai orang membuat keputusan untuk memilih web hosting mereka kelak.

    Reply to this comment
  2. Hanif Ishak

    Apr 20. 2013

    Assalamualaikum..wau..thanks sifu..padat dgn info berguna..

    Reply to this comment
  3. Akmal Izzat

    Jun 01. 2013

    Wah, terima kasih la bro. Padat dan full. Rasa macam nak suruh student datang sini je baca..

    Yes, saya juga ada buat workshop website, saya selalu guna NetKL, sebab hostingnya murah. Dan mampu dimiliki. Lagi pun, bantuan dan sokongannya adalah orang kita sendiri. Lagi senang nak contact dan berhubung.

    Selalu faveret bro, hosting apa ya?

    Terima kasih..

    Reply to this comment
  4. Amnet

    Jun 09. 2013

    Tips terbaik bagi bakal usahawan internet memilih web hosting…

    Reply to this comment

Leave a Reply


one + 9 =