Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet

perniagaan internet

Kebelakangan ini kita lihat semakin hari semakin ramai orang telah melakukan perniagaan secara online samada secara kecil-kecilan dari rumah atau “curi-curi” di office(dengan menggunakan facebook dan blog) atau yang lebih serius telah mempunyai laman web sendiri dan ada juga yang telah berhenti kerja semata-mata ingin menumpukan kepada perniagaan online mereka yang semakin maju.
Terdapat bermacam-macam kaedah menjana pendapatan di internet tetapi antara yang paling popular adalah dengan menjual produk fizikal di internet. Anda pasti biasa melihat mereka yang menjual aksesori,permainan, pakaian, tudung,beg tangan, kosmetik dan bermacam-macam lagi. Saya pasti ada antara anda yang sedang membaca blog ini juga ingin atau berminat untuk mengikut jejak mereka yang telah berjaya menjual secara online.. jika ya teruskan bacaan anda:)
Jadi, bagaimana nak memulakan perniagaan internet anda?

Soalan Pertama : Apa produk yang hendak dijual? atau.. Apa yang hendak saya jual di internet?

Sekiranya anda telah mempunyai perniagaan atau produk ianya akan lebih mudah untuk anda kerana anda hanya perlu menjual atau memasarkannya menerusi internet. Namun sekiranya anda tidak mempunyai produk, anda perlu memulakan pencarian produk yang anda hendak jual.Antara kaedah yang paling mudah adalah dengan menjadi agen kepada produk sedia ada dipasaran.
Soalan popular yang sering orang tanya saya.. “Apa yang hendak saya jual, saya tak tahu nak jual apa?”
Pada saya soalan yang paling tepat adalah “Apa yang orang beli diinternet” Kerana sebenarnya anda boleh menjual apa sahaja di internet dari sekecil-kecil barang hingga sebesar-besar barang tetapi yang pentingnya adakah orang membeli barang tersebut?
Jadi sebelum anda menjual sesuatu produk, pastikan anda membuat kajian samada produk tersebut akan ada pembelinya.

Soalan Kedua : Sudahkah anda mempunyai sistem untuk menjual?

Untuk membina perniagaan yang terbaik anda perlu mempunyai sistem jualan yang lengkap. Apa yang saya maksudkan disini adalah anda perlu mempunyai sistem untuk menjalankan perniagaan online seperti sistem tempahan produk, sistem interaksi pelanggan, sistem penghantaran produk, sistem pemasaran dan sebagainya. Sekiranya anda menjual satu dua produk,ia mungkin tidak begitu sukar namun sekiranya ia bertambah banyak anda pasti akan pening kepala jika tidak mempunyai sistem yang saya nyatakan tadi.

Soalan Ketiga : Apakah kaedah jualan yang hendak anda lakukan?

Sebagai contoh anda ingin menjual alat-alat kosmetik secara online. Anda perlu fikirkan bagaimana untuk anda memaparkannya di alam maya. Jika diluar anda boleh memaparkan produk-produk anda di rak-rak pameran dan disusun dengan cara yang menarik, maka di internet anda juga perlu memaparkan produk-produk anda dengan cara yang menarik, mudah untuk dicari dan dipilih. Dan yang paling penting, anda perlu menarik sebanyak mungkin pengunjung ke tapak perniagaan anda.

Apa yang dapat kita saksikan waktu ini, antara kaedah yang biasa digunakan untuk menjual di internet adalah:

1- Membina Blog atau laman web dan mengharapkan pengunjung akan datang dari carian menggunakan search engin seperti Google dan Yahoo.
2- Membina laman Facebook dan “invite” kawan-kawan dan taulan untuk mengunjungi laman Facebook anda
3- Mempromosi dengan cara iklan di blog-blog, bertukar-tukar komen di blog atau gunakan iklan Google
4- Menjalankan sistem affiliate dan menggalakkan ahli mempromosikan produk anda

Sekiranya anda menggunakan blog atau laman web untuk menjual produk anda, sebaik-baiknya anda mengoptimakan blog/laman web anda supaya ianya dapat menarik pengunjung secara “organik” dan percuma dari enjin pencari seperti Google.

SEO atau Search Engine Optimisation memainkan peranan penting untuk mempromosikan laman web anda dan yang lebih penting adalah ia dapat menjana traffik secara percuma kepada anda. Sebagai contoh sesaorang sedang mencari beg tangan membuat carian di Google dan blog/laman web anda berada pada kedudukan teratas dalam hasil carian tersebut, sudah pasti laman web anda akan dikunjungi secara tak langsung.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan secara online anda pasti pernah mendengar mengenai kajian katakunci atau “keyword research”. Kajian katakunci ini amat penting kerana ia dapat menentukan perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh pengguna internet untuk mencari sesuatu dengan menggunakan engin pencari seperti Google, Yahoo dan Bing. Dengan mengetahui perkataan-perkataan ini, anda dapat mengoptimakan blog/laman web anda dengan lebih baik.

Selain menawarkan produk, blog/laman web anda perlu mempunyai artikel-artikel menarik dan membawa manfaat kepada pengunjung. Artikel-artikel ini selain dapat menjana traffik kepada anda, ia juga dalam masa sama akan dapat membina kredibility anda sebagai penjual.

Sekiranya anda juga menggunakan facebook dan twitter, anda dapat manfaatkan keduanya dengan memasukkan post-post mengenai produk terbaru anda secara konsisten.

Kesimpulan:
Untuk membina perniagaan internet atau menjana pendapat secara online, pastikan anda memenuhi 3 kriteria diatas. Mulakan perancangan anda dari sekarang dan lakukannya tanpa berlengah. Sekiranya anda lakukannya dengan betul, kejayaan pasti akan datang.

Incoming search terms:

  • bagaimana memulakan perniagaan online
  • bagaimana memulakan perniagaan
  • bagaimana memulakan bisnes online
  • cara memulakan perniagaan pakaian
  • cara memulakan perniagaan tudung
  • bagaimana memulakan perniagaan pakaian online
  • cara menjalankan perniagaan online
  • bagaimana memulakan perniagaan internet
  • cara memulakan perniagaan pakaian online
  • bagaimana memulakan perniagaan tudung

Related posts:

Perniagaan Internet Yang Menguntungkan
Kategori Perniagaan Internet
Perniagaan Internet Di Malaysia
Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet
8 votes, 5.00 avg. rating (99% score)

5 Responses to “Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet”

  1. Akademi Kejayaan

    Dec 14. 2012

    Memulakan perniagaan internet memerlukan perancangan yang rapi. Statistik menunjukkan, kebanyakkan dari kita hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja dan akhirnya Give Up. Dalam artikel di blog saya, terdapat huraian 6 langkah penting dalam menjalankan perniagaan internet.. why?, Niche, Mulakan, branding, Promosi, & Penambahbaikan.

    Reply to this comment
    • Ayoub

      Mar 25. 2013

      Terima kasih Sdr. SJ, sesungguh nya satu-satu petua yang berguna dalam menghormati dan memahami akan budaya asing , terutama di Malaysia dan di seluruh dunia.

      Reply to this comment
  2. Ahmed

    Dec 16. 2012

    setuju..langkah pertama menjadi penentu segalanya..kadang2 bila time dok lepak2..byk pulak idea mencurah2..write everyday mmg terbukti..mcm sblm ni..chii jarang2 nk update coz xde idea..tp skrg ni tgh praktis kalo boleh nk update sekurang2nya sehari 1 n3..alhamdulillah..idea ada je skrg ni

    Reply to this comment
  3. Hafiz

    Sep 02. 2014

    Assalamualaikum
    Terima kasih Sdr. SJ, perkongsian yang menarik dan membantu :)

    http://bit.ly/Rahsiabisnesonline

    Reply to this comment
  4. usry

    Apr 14. 2017

    Memulkan perniagaan perlu kepada satu idea. kemudianbuat research sama ada idea itu boleh pergi jauh atau tidak. Jika boleh pegi jauh, Jalan!!!

    Reply to this comment

Leave a Reply to Hafiz


7 × one =