Perniagaan Internet Di Malaysia

Mengikut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC pengguna internet di Malaysia akan mencapai 65%  pada penghujung tahun 2012. Angka ini bertambah dengan begitu pesat semenjak tahun 2009. Pengguna broadband dirumah juga bertambah dari hanya 31% pada 2009 kepada 63% pada tahun 2011.

Dengan kepesatan penggunaan internet ini juga telah membawa kepada kepesatan peningkatan industri jualan atas talian atau perniagaan internet di Malaysia. Baru-baru ini Paypal Malaysia telah mengeluarkan laporan atas kajian yang dijalankan oleh Nielsen mengenai trend membeli-belah secara online di Malaysia. Industri jual beli atas talian disasarkan akan meningkat kepada RM2.71 billion pada penghujung 2012 berbanding RM1.97 billion pada tahun 2011 dan ia dijangka akan bernilai RM5.76 billion menjelang 2015.

Berikut merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Nielsen mengenai trend membeli secara online dan mobile - “Online and Mobile Shopping Insights”

Jika dahulu kebanyakkan pengguna hanya membeli tiket kapal terbang Airasia atau tempahan hotel, kini trend tersebut telah banyak berubah. Berikut adalah trend dan nilai jual beli atas talian.

  1. Pelancongan = RM435 juta (24% share)
  2. Pembayarab Bil = RM329 juta (18% share)
  3. Hiburan dan Gaya Hidup = RM255 juta (14% share)
  4. IT dan Elektronik = RM218 juta (12% share)
  5. Insuran Am = RM205 juta (11% share)
  6. Fesyen dan Kecantikan = RM181 juta (10% share)
  7. Cenderamata & Barangan koleksi = RM68 juta (4% share)

Trend membeli oleh pengguna Malaysia dari dalam Malaysia dan luar negara

  1. Membeli 2.5 kali ganda dari laman web malaysia (RM173 juta) berbanding laman web luar negara(RM72 juta).
  2. Kebanyakkan produk berasas kewangan/perkhidmatan (RM78 juta) dan juga kesihatan/kecantikan (RM29 juta) di beli dari laman web Malaysia
  3. Bagi kategori pakaian/kasut/aksesori pembelian adalah lebih kepada laman web tempatan (RM48 juta) berbanding laman web luar negara (RM41 juta)
  4. Bagi pembelian buku secara online pula laman web luar negara lebih banyak (RM63 juta) berbanding laman web tempatan (RM36 juta)
  5. Begitu juga bagi pembelian video/musik/game secara online, laman web luar negara lebih banyak (RM51 juta) berbanding laman web tempatan (RM27 juta)
  6. Negara kegemaran bagi rakyat Malaysia membeli-belah online adalah Amerika Syarikat, Singapore, United Kingdom, China dan Hong Kong

Trend membeli belah di Malaysia juga semangkin meningkat terutama di musim perayaan dan percutian. Trend ini juga bertambah dengan meningkatnya pengguna smartphone dan tablet. Paypal Malaysia telah mengeluarkan satu infografik yang menarik tentang trend membeli belah oleh rakyat Malaysia secara online ini seperti dibawah:

Kebelakangan ini kita juga dapat melihat syarikat-syarikat besar dari dalam dan luar negara giat mempromosikan gedung beli belah mereka seperti Rakuten, Postme, Zalora dan Lazada. Ini menunjukkan bahawa mereka bergitu yakin akan potensi Malaysia bagi pasaran atas talian.

Segala informasi diatas jelas menunjukkan peningkatan kepada perniagaan internet di Malaysia. Rakyat Malaysia sudah semakin yakin dan selesa untuk melakukan urusan jual beli secara online. Ini juga menunjukkan tahap kesedaran tentang keberkesanan perniagaan menerusi internet semangkin meningkat. Bagi usahawan, gunakan peluang ini untuk menggunakan medium internet  sepenuhnya untuk mengembangkan lagi perniagaan dan pasaran produk anda.

Incoming search terms:

  • perniagaan internet di malaysia
  • statistik perniagaan internet di malaysia
  • jenis perniagaan di malaysia
  • statistik penggunaan internet di malaysia
  • jenis perniagaan di internet
  • kajian perniagaan atas talian

Related posts:

Kategori Perniagaan Internet
Bagaimana Memulakan Perniagaan Internet
Mynic Sale 30% Diskaun Nama Domain .MY
Perniagaan Internet Di Malaysia
8 votes, 4.88 avg. rating (97% score)

2 Responses to “Perniagaan Internet Di Malaysia”

  1. Akademi Kejayaan

    Dec 14. 2012

    Trend ini menunjukkan masa depan Perniagaan Internet di seluruh dunia amat cerah. Amat rugi sekiranya kita masih ragu-ragu ataupun takut untuk memulakan Perniagaan Internet. Persediaan terbaik, dapatkan seberapa banyak ilmu dan mulakan perniagaan internet.

    Reply to this comment
  2. Abu Bakar Abdullah

    Jun 09. 2013

    Ya, trend perniagaan internet di Malaysia semakin menampakkan perkembangannya. Boleh ambil contoh Facebook. Penggunaan Facebook sebagai medium pemasaran online sudah menjadi satu trend dan trend ini jugalah yang berjaya melahirkan ramai usahawan Facebook berjaya..

    Reply to this comment

Leave a Reply to Abu Bakar Abdullah


2 × five =